Pages

Showing posts with label Choc Styles. Show all posts
Showing posts with label Choc Styles. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

~~~^^OrEo..oReO.. OOooreOO^^~~

Hi, lama i tak posting di blog rerama ni, tak sempat la! bizi yang amat sangat, keja kat ofis bertimbun-timbun, order pun banyak, kelas pun every week full.. sabar je la, dah bidang ni yang kita pilih and suka. Lately ni ramai plak yang tempah choc oreo nih, hijau, kuning, biru, pink dan color wrana warni ala ala paul smith pun ade ahaks! check it out lah! saja nak share dengan u all semua all abouts my oreos!





Oreo Choc in pink style ni my husband sendiri yang tempah untuk perkahwinan best friend dia kat Gombak..tak kira buisness is business, husband pun kena bayar gak tau..huhuhuhuh





Oreo Choc in green style ni plak di tempah oleh my client Ika, I dilever kat dia kat Kerinchi, Plaza Pantai, untuk majlis tunang kot! heheheh lupa lak i nak tanya.





this blue oreo lak tempahan Kak Ina Mom Guess untuk hari bloggers semalaysia, yang berlansung di Taman Tasik Titiwangsa KL..ahaks!




Yang last ni tempahan jauh ni, nun jauh di utara, my client nak kaler maroon sebab tema wedding diorang is maroon, puas i mixed the color nak dapatkan maroon, tapi maroon gelap sangat kot, then kasi ala ala merah menawan camgitu,siap hantar sampai alor star tuh dan dan tumpang sekaki balik kampung!!! heheheheh

Thursday, December 10, 2009

Checker Style Deco




hehehe... saje je I nak buat gimik kat u all, takde menda pun..cuma arrangement jer..
bulan disember ni, fuhh! banyak giler tempahan, mengalahkan raya, stock chocolate mentah pun susah nak cari.

anyway, this checker choc adalah tempahan untuk gubahan hantaran dan door gift special.. tempahan Pn Zaleha UPM. Thanks bebanyak yer Puan Leha sebab sudi tenpah kat i yang tak seberapa ni.

FYI, this month jugak i punya class full house, setiap sabtu ahad ada je student.Lili, tuti, kak Misah, Syu,Ja Rina, Min,Mas,Ja,Syu dan beberapa lagi.. tetiba otak jadi blur..sorry la yer. And the best thing is, hujung bulan ni ada sorang student dari Brunei, fuhh! kira i punya class ni kira international juga la yer..fuhh kembang makcikkk! see u next post, i updatekan, siapakah gerangannya.

Friday, November 13, 2009

LOLI CHOC VS LOLI POP














Memula I buat lolichoc ni utk my daughter jer, yer la kan, asal pegi seven eleven jer nak lolipop, pegi kedai mamak pun nak lolipop, pegi jusco pun nak lolipop. memandang kan i ni kan lovely mom..ahaks! so i buat la lolichoc kat my daughter. saving la.. baper banyak duit i lebur dek lolipop ni.




Balance yang i buat utk anak-anak i, ada la lebih sebatang dua, i bawa pegi office, alih-alih org dewasa pun suka.. ada yang nak makan sendiri, nak bagi pakwe, nak bagi anak buah..ah macam-macam lah diorang ni. layankan ajelah cik senah oi..


Monday, November 9, 2009

Assorted Choc 16 pcs in crystal box

tempahan untuk hantaran satu majlis perkahwinan,
kalau tuan empunya yang menempah ni ade baca posting ni..
i nak ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Ceria Selalu....